Wednesday, 29 June 2016

Ramadhan di hati~

29 Jun 2016. Ramadhan~hari ke-25.

Menaip sambil menghayati lagu Ramadhan versi Melayu Maher Zain. Sayu betul. Ramadhan dah masuk fasa ke-3, fasa terakhir dan akan menghampiri penghujungnya.


Aku insan biasa. Dalam hati ni mesti ada rasa sedih. Rasa terkilan. Berbulan tunggu Ramadhan tapi bila dh dalam bulan Ramadhan, tak usaha sungguh2, tak beramal sungguh2, tak ambil kesempatan, tak ambil peluang, tak buat seperti mana kau berharap untuk bertemu Ramadhan berbulan sebelum itu. Sedih.



Untuk beberapa hari yang masih ada, sama2 lah kita usaha untuk beramal bersungguh2 sbb Ramadhan ini adalah madrasah untuk membentuk hati kita yang dah lama menjauh dari Allah. Di bulan Ramadhan inilah, kita ingin menyucikan hati dari dosa maksiat. Di bulan Ramadhan ini jugalah, kita belajar mengawal nafsu. Aku tidak mengatakan bahawa kita tidak perlu berusaha merawat hati di bulan lain tetapi berbanding bulan2 yang lain, pada bulan Ramadhan ini hati terasa lebih tenang dan lebih dekat pada Allah. Oleh sebab itulah, Ramadhan perlu diisi dengan melakukan amalan dengan brsungguh-sungguh. Supaya kau lebih kuat dan bersedia untuk menempuh hari-hari setelah Ramadhan.


Allahumma aamiin. Moga beroleh Lailatul Qadr. Till then, Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment