Sunday, 28 September 2014

Be patient and trust His plan.

Life isn't always what we want it to be.Even our best efforts may not bring success. Rejections, disappointments and failures are a part of daily life. Sabr, be patient. Innallaha ma'assobirin. Allah is with those who are patient and He knows what's best for you. Just trust His plan =)



Wednesday, 24 September 2014

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w..

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.”

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah
jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”

“Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam  taqwa dan beramal soleh.”

“Ingatlah, bahawa
kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.

Mutiara Hikmah

Berkata Sheikh Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah:

1-Tinggalkan tabiat banyak (An-Nazor) memandang kepada perkara yang tidak perlu, Kamu akan mendapat taufiq kepada sifat KHUSYU’.

2-Tinggalkan tabiat banyak berkata-kata dengan perkara yang tidak perlu, Kamu akan mendapat taufiq kepada HIKMAH (Bijaksana).


3-Tinggalkan tabiat banyak makan, Kamu akan mendapat taufiq kepada kemanisan beribadat.

Wanita Solehah

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai diri,

jadilah seorang wanita solehah
yang menjaga solatnya,
yang bersyukur dan redha,
menjaga maruah diri,
penyayang,
takut murka Allah,
taat pada-Nya,
menjaga amanah,
rajin mengaji,
penyejuk hati ayah bonda
perindu suami.
Jaga akhlak.
Jaga diri.
Moga dalam lindungan Allah.


Sunday, 7 September 2014

Halaqah.Sentuhan Qalbu. ep:Rasulullah





Diriku benar2 tersentuh..ternyata selama ini diriku lupa pada dirinya yg sentiasa merindui kita.

Friday, 5 September 2014

Kepada diri sendiri:

Kalau kita ikhlas dan bersabar kerana Allah, Insya Allah Dia akan bantu kita. Sabarlah duhai hati..

Sunday, 31 August 2014

Fahamilah mereka, jangan terus membenci






Salah satu perkara yang aku kagum tentang mereka.
Kasih sayang yang tulus ikhlas.
Mereka sangat penyayang.
Jika ada orang tak tahu menghargai kanak-kanak ini,
fahamilah,
bukan mereka minta jadi begini. 

The impression we give people

video

Jangan hanya berkata, ' aku Islam dan aku bangga'
tapi tunjuklah bahawa dirimu seorang Muslim.
tutuplah aurat dengan sempurna..
tunjukkan akhlak yang baik..

"Contohilah akhlak dan peribadi Rasulullah s.a.w. yang padanya adalah qudwah hasanah"

Demi sesungguhnya, adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang senantiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)-al-Ahzab 21


Qudwah Hasanah=contoh teladan yang terbaik.

Hakikat dukacita


video

Wednesday, 27 August 2014

Ukhwah kita.

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk bertemu dengan sahabatku di UITM Seri Iskandar, Perak.
Aku benar2 merindui sahabatku itu dan juga sahabat2ku yang lain.
Kini masing-masing mengikut haluan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t..
Sesungguhnya, apa yang ditetapkan oleh Allah, itulah yang terbaik untuk kita.
Jangan bersedih duhai sahabat.
Bertemu dan berpisah kita kerana Allah s.w.t..
Insya Allah, sejauh mana pun kita berpisah, ingatanku tetap ada pada kalian.
Teruskanlah perjuangan.
Semoga Allah bersamamu.

Tuesday, 26 August 2014

Aku bukan wanita solehah itu..

Jika kau ingin mencari wanita solehah untuk dijadikan isteri,
pasangan hidup, penawar hati,
carilah..
tapi bukan aku..
kerana aku bukanlah wanita solehah itu..



Friday, 15 August 2014

dan aku leka dengan dunia..

Aku tahu mati itu pasti
Aku faham balasan dosa
Aku sedar aku perlu berusaha untuk masuk syurga
dan aku masih leka
lalai
dengan duniawi.