Sunday, 2 July 2017

First Practicum

Pejam celik pejam celik, dah habih cuti raya. Esok bertarikh 3 Julai 2017, maka bermulalah episod baru dalam hidup aku sebagai guru pelatih. Partner praktikum kali ni, aku dengan seorang kawan non-muslim. Rapat tu nanti2 la..haha..Praktikum pulak ditempat orang. Ada la tu ibrahnya. Dear self, selamat maju jaya! Tawakal tu penting. Yakin Allah dah tempatkan hang di tempat yang terbaik. Papepon...sabar...

Salah satu preparation cikgu2 perempuan utk praktikum :D

Btw, aku suka usha blog cikgu Suhaimin. 

Ni link dia, Cikgu Suhaimin

Byk jugak aku rujuk kat situ.

Dah pukul 12 lebih..

Gotta sleep..

Doakan aku noh silent reader sekaliang ><

Wassalam.

Sunday, 11 June 2017

Trust His Plan

"Ma Qaddarallah Khayr"
Apa yang Allah takdirkan itu baik-baik belaka 

Yakin dengan qada' dan qadarnya.
Jodoh, ajal, maut rahasia Allah.

Trust His Plan:)


Saturday, 7 January 2017

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

(Al-Baqarah: ayat 155-157)


Thursday, 4 August 2016

Sahabat




Dlm hati mnusia ada kesedihan dan ia takkan hilang kcuali gembira mengenal Allah.

dan alangkah indahnya apabila ada sahabat yang sudi bersama dalam perjuangan dakwah ini..

bersama2 dalam susah dan senang

kerana sahabat itu saling menguatkan

saling mengingatkan

bahawa tiada cinta yang lebih tinggi melainkan kecintaan terhadap Allah swt..

Terima kasih buat semua yang pernah hadir dalam hidup aku..


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih)"

Surah Az-zukhruf: ayat 67

Friday, 22 July 2016

Awesome Friday

Assalamualaikum.

Its been a while. Harini tarikh 22 Julai 2016, satu lagi memori tercipta. Tapi tak tahu lah memori ini indah ataupun menakutkan.



Harini aku 'terbang' dengan kereta. Tertekan minyak. Time parking. Lepas longkang seluas 2 kaki.

Aku tak pasti aku menangis ataupun gelak . Mungkin dua2 skali. Sampai mata merah berair.


Sekali lagi.

Allah selamatkan aku.

Takda accident apa2 n bumper kereta tak pecah.

Walaupun longkang tu setinggi 1 1/2 atau 2 bata.

Aku risau dah bumper tu pecah, nak kena bayar.

Tapi itulah..

Penyayangnya Allah..

Entah kenapa.

Allah nak bagi peringatan kot.

Sejak first day aku bawak kereta, tak pernah lagi ada apa2 masalah.

Tak pernah accident and boleh control kelajuan walaupon kereta manual time reverse selalu mati.

Disebabkan aku rasa dah pro, aku rasa hebat. Rasa dh layak tambah lesen drift.

Tapi Allah nak tunjuk, Dia lagi hebat.

Aku bawak auto harini.

Itu yg tersentak sikit di hati.

Ye la.auto kowt..cemana aku boleh terlupa mana satu brek mana satu minyak. Padahal tiap hari bawak ok ja.

Seriously jantung aku berdegup macam dah nak tercabut. Kawan di sebelah sibuk tenangkan aku tapi otak aku pon tak dapat nak proses apa yang sdg berlaku. Terkejut sgt kot.

Terkejut sbb aku tak sangka aku akan lupa mana satu minyak, mana satu brek. Malu weh. Serious tak sangka.

Biar.

Allah nak ajar.

Itupon..aku tetap bersyukur.

Sebab Allah tu Maha Penyayang..

Tak jd apa2 kat kawan2 aku n kereta tu.

Entah tak terkiranya betapa rasa terharu aku ni..pada kasih dan belasnya Allah

Dalam kesulitan diberi-Nya kemudahan. Dalam kesusahan diberi-Nya kesenangan.

Allahu..

Terima kasih Ya Rabb..

Alhamdulillah..


Till then, assalamualaikum

P:S//Aku harap kawan-kawan aku tak takut naik lagi keta ngan aku. Aku pass parking weh..

Wednesday, 29 June 2016

Ramadhan di hati~

29 Jun 2016. Ramadhan~hari ke-25.

Menaip sambil menghayati lagu Ramadhan versi Melayu Maher Zain. Sayu betul. Ramadhan dah masuk fasa ke-3, fasa terakhir dan akan menghampiri penghujungnya.


Aku insan biasa. Dalam hati ni mesti ada rasa sedih. Rasa terkilan. Berbulan tunggu Ramadhan tapi bila dh dalam bulan Ramadhan, tak usaha sungguh2, tak beramal sungguh2, tak ambil kesempatan, tak ambil peluang, tak buat seperti mana kau berharap untuk bertemu Ramadhan berbulan sebelum itu. Sedih.



Untuk beberapa hari yang masih ada, sama2 lah kita usaha untuk beramal bersungguh2 sbb Ramadhan ini adalah madrasah untuk membentuk hati kita yang dah lama menjauh dari Allah. Di bulan Ramadhan inilah, kita ingin menyucikan hati dari dosa maksiat. Di bulan Ramadhan ini jugalah, kita belajar mengawal nafsu. Aku tidak mengatakan bahawa kita tidak perlu berusaha merawat hati di bulan lain tetapi berbanding bulan2 yang lain, pada bulan Ramadhan ini hati terasa lebih tenang dan lebih dekat pada Allah. Oleh sebab itulah, Ramadhan perlu diisi dengan melakukan amalan dengan brsungguh-sungguh. Supaya kau lebih kuat dan bersedia untuk menempuh hari-hari setelah Ramadhan.


Allahumma aamiin. Moga beroleh Lailatul Qadr. Till then, Assalamualaikum. 

Monday, 7 March 2016

Cikgu..cikgu..cikgu..

Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya..
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan ,
pasti ramai tertarik padanya..
Tetapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya,
sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tidak terhingga..

p/s: Hari ini hari kedua berpbs (pengalaman berasaskann sekolah).